fbpx

Boleh henti solat fardu, jika berlaku kecurian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Solat fardu yang sedang dikerjakan, boleh dihentikan sekiranya berlaku kes kecurian barangan milik diri sendiri mahupun jemaah lain.

Menerusi penjelasan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun pada hantaran Facebook, beliau memetik beberapa ayat daripada surah al-Quran sekali gus dibolehkan untuk menghentikan solat bagi menyelamatkan nyawa dan harta.

“Semalam ketika di pejabat, ada seorang bertanyakan soalan. Benar, memang ada kes kecurian berlaku di masjid, selalunya mereka mengambil kesempatan ketika jemaah sedang solat. Maka kita perlu pastikan barangan kita berada di tempat yang selamat dan mudah dipantau.

“Jawapan kepada soalan tersebut ialah kita dibolehkan untuk hentikan solat fardu yang sedang ditunaikan sekiranya berlaku kecurian sama ada barang yang dicuri itu milik kita atau orang lain,” katanya hari ini.

Dalam pada itua, Ustazah Asma’ berkata, adalah dibolehkan menghentikan solat fardu apabila melihat orang yang nyawanya dalam keadaan terancam seperti budak terjatuh ke dalam perigi, diserang binatang ganas atau mangsa dipukul oleh penjenayah.

“Begitu juga keadaannya apabila rumah terbakar ketika sedang solat, maka diwajibkan untuk kita berhenti solat dan menyelamatkan harta-harta yang penting. Perkara lain yang dibolehkan untuk berhenti solat termasuklah berlaku kecurian barang walaupun milik orang lain, ibu yang bimbang keselamatan anak kecilnya serta musafir yang bimbang gangguan pencuri.

“Selain itu, membunuh binatang berbahaya seperti lipan, ular atau kala jengking saat memerlukan pergerakan yang banyak, rasa hendak buang air besar atau kecil serta menyahut panggilan ibu bapa (hanya dibenarkan untuk solat sunat, manakala solat fardu tidak dibenarkan kecuali jika ada hal-hal yang membawa mudarat),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI