fbpx

Lee Tuck sedia jadi pemain fleksibel dalam skuad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCK tidak kisah untuk diletakkan di mana-mana posisi kerana dia mahu memainkan peranan pemain fleksibel yang boleh membantu skuad Harimau Malaya. – FAM

PEMAIN naturalisasi negara, Lee Tuck sedia untuk dijadikan bahan eksperimen pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon pada aksi persahabatan kedua menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam esok.

Berdasarkan aksi menentang Kemboja Jumaat lalu, Tuck turut dilihat memainkan peranan di bahagian sayap dan pendekatan Pan-gon itu amat berbeza de­ngan posisi asalnya iaitu bahagian tengah.

Menyedari peluang sudah terbuka luas untuk kekal rele­van dalam skuad Harimau Malaya, pemain kelahiran England ini enggan terlalu statik hingga mampu menjejaskan peratusan untuknya terpilih ke Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) minggu depan.

“Saya sudah berikan segala-galanya yang saya ada. Saya mahu menjadi pemain yang fleksibel, saya gembira jika bermain sebagai pemain sayap dan saya juga gembira kalau diberi pera­nan di posisi tengah.

“Peluang untuk bermain de­ngan pasukan kebangsaan bukan dapat setiap hari. Jadi, saya mahu berikan sepenuh hati kepada pasukan dan juga penyokong,” katanya.

Pada awalnya, keputusan Pan-gon untuk memanggil Tuck seakan menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat terutamanya selepas mengambil kira minit permainannya bersama Sri Pahang.

Tuck terpaksa ‘gantung but’ daripada perlawanan kompetitif selama 11 bulan dan hanya berpeluang bermain 90 minit ketika mengetuai Tok Gajah pada Piala Malaysia.

“Keputusan baik dengan Kemboja membolehkan kami lebih bersedia untuk hadapi perlawanan selepas ini, namun kami perlu baiki segala kelemahan.

“Pemain sedia ada juga bantu kami, pemain baharu untuk segera menyesuaikan diri de­ngan pendekatan yang dimahukan dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI