fbpx

Kajian baharu dedah kesan Covid-19, vaksin Covid pada jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin Covid-19 adalah selamat dan berkesan digunakan dalam beberapa ujian yang dilakukan. - AFP

LOS ANGELES – Satu kajian baharu mengesahkan kaitan antara Covid-19 dan kesan lebih ringan vaksin koronavirus terhadap sindrom jantung yang dinamakan takikardia ortostatik postural (POTS), lapor portal berita UPI.

Kajian itu diterbitkan semalam dalam jurnal Nature Cardiovascular Research. Ia menunjukkan kaitan antara pesakit Covid-19 berpanjangan (long Covid) dan penerima vaksin koronavirus dengan POTS, melibatkan kesan pada tekanan darah termasuk kadar denyutan jantung.

“Mesej utama di sini adalah walaupun kami melihat potensi kaitan vaksin Covid-19 dan POTS, mencegah Covid-19 melalui vaksinasi masih cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda mengalami POTS,” kata pengarang utama kajian itu, Dr. Alan Kwan selaku pakar kardiologi Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

Bagaimanapun, beliau berkata, kaitan antara POTS dan vaksin Covid-19 perlu disahkan menerusi kajian lebih lanjut.

POTS menjejaskan sistem saraf secara tidak disengajakan seperti kadar denyutan jantung dan tekanan darah dan kebiasaannya berlaku selepas penghidap berdiri daripada kedudukan baring. 

Mereka yang mengalami masalah jantung kerap mengalami pengsan dan pening di samping kadar denyutan jantung yang cepat serta tekanan darah rendah.

Kajian itu menganalisis hampir 300,000 pesakit antara tahun 2020 hingga 2022 melibatkan mereka yang mempunyai Jangkitan Sindrom Pernafasan Akut Truk 2 (SARS-Cov-2) atau telah divaksinasi dengan vaksin mRNA daripada Moderna atau Pfizer-BioNTech.

Walaupun penyelidik-penyelidik mendapati berlaku sedikit peningkatan risiko untuk POTS selama 90 hari selepas pendedahan kepada vaksin koronavirus, mereka mendapati risiko POTS adalah lima kali lebih besar bagi mereka yang dijangkiti Covid-19.

Pasukan penyelidik yang terlibat dalam kajian itu berkata, mendapatkan vaksin adalah lebih berbaloi bagi mengurangkan risiko POTS akibat virus Covid-19.

Mereka menambah, vaksin Covid-19 sudah terbukti selamat dan berkesan dalam pelbagai ujian klinikal. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI