fbpx

Ajal warga emas terhantuk cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan kawalan trafik di lokasi kejadian.

KUALA SELANGOR- Seorang lelaki warga emas maut dilanggar ketika mengubah haluan motosikalnya dalam kejadian di Pekan Tanjong Karang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.16 pagi, mangsa berusia 72 tahun itu terhantuk kepalanya pada cermin kereta tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha SS2 ditunggangi mangsa dan kereta Proton Waja itu datang dari arah Klang menghala ke Teluk Intan, Perak.

Katanya, kemalangan berlaku apabila penunggang motosika itu dipercayai mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.

“Pemandu kereta berusia 49 tahun itu gagal mengelak lalu melanggar mangsa. Akibat perlanggaran itu, kepala mangsa terhantuk di cermin utama kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, mayat mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI