fbpx

Ada harga diri, Janna Nick enggan paksa orang kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA Nick tidak menyalahkan peminat yang menganggap luahan hati sebagai gimik lagu baharu.

PETALING JAYA – Masih enggan mengiakan atau menidakkan spekulasi pengakhiran cinta dengan Dini Schatzmann, pelakon Janna Nick sebaliknya hanya menyatakan bahawa dia berhak melepaskan orang yang meninggalkan dirinya.

Katanya, sebagai individu yang mempunyai harga diri, dia tidak mahu memaksa sesiapa pun terus kekal berada di sisinya andai mereka memilih untuk pergi.

“Kalau orang buat jahat dekat saya, saya akan kata kenapa saya tak cukup baik dengan orang. Saya kecewa dengan diri sendiri sebab saya bukan sempurna atau senang diuruskan.

“Jika orang tinggalkan saya, saya patut melepaskan. Kita tak boleh miliki hati mereka kalau orang itu pilih untuk pergi. Saya takkan paksa orang untuk kekal. Saya tahu harga diri dan saya berdikari.

“Saya pun tidak pernah menafikan atau mengiakan. Dari awal saya tak cakap apa-apa, hanya tajuk berita tulis saya putus cinta, kecewa dan buat spekulasi sendiri,” katanya menerusi wawancara dalam program Melodi, semalam.

Pelakon dan juga penyanyi itu pada masa sama menegaskan dia berhak melampiaskan perasaan lara menerusi single baharu, Mentari Cinta yang menggambarkan kekecewaannya.

Katanya, luahan jiwa dan kesedihan yang ditulis sendiri ketika menghasilkan lagu tersebut sehingga mengalirkan air mata bukan gimik seperti didakwa segelintir pihak.

“Mentari Setia adalah luahan hati saya, manakala video muzik yang dihasilkan pula sebagai gambaran cerita sebenar.

“Kalau saya penyanyi (saja) itu mungkin gimik, (dan) saya menangis ketika menulis lagu tersebut.

“Kalau orang kata gimik, kiranya mereka tak dapat mengesahkan perasaan sebenar saya. Saya berhak rasa kecewa dan sedih,” kongsinya.

Hampir sebulan menyepi dan membawa diri ke Eropah, pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner, 27, itu mengakui tetap berkawan dengan Dini memandangkan mereka masih rakan kongsi dalam sebuah syarikat.

“Kalau orang nampak saya dengan Dini, itu bukan benda pelik. Takkan kami tak boleh nak berkawan. Isu ‘unfollow’ Dini bukan sekarang tetapi sudah lama.

“Mengenai hubungan sama ada sampai di sini sahaja atau tidak, saya tak nafi dan tak kata ya. Saya minta maaf kalau ada peminat cakap saya penipu.

“Saya tak marah peminat yang kata semua ini hanya permainan. Buat apa saya nak marah. Jiwa saya dah terlalu rosak. Kenapa saya perlu tambah kebencian dan dendam dekat orang,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Janna menarik perhatian netizen dengan membuat hantaran dalam media sosial seolah-olah menggambarkan sedang patah hati.

Mengukuhkan lagi spekulasi cinta mereka sudah berakhir apabila penyanyi Gatal itu tidak lagi mengikuti (unfollow) kekasihnya dalam Instagram.

Hubungan Dini dan Janna terjalin selepas mereka bekerjasama dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang menjalani penggambaran di Itali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI