fbpx

Tiga beranak maut nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beranak dipercayai maut dalam kemalangan yang berlaku Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan semalam.

MANJUNG – Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak pasangan itu maut dalam kemalangan di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas membabitkan dua buah kenderaan itu pada pukul 11.13 malam.

Katanya, ketiga-tiga si mati menaiki kereta jenis Proton Saga, manakala sebuah lagi kenderaan jenis Chevrolet terbakar 80 peratus.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga yang lain cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada mangsa. Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan. Operasi tamat pada pukul 12.53 tengah malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI