fbpx

Fadhlina umum hala tuju pendidikan negara minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika menyapa salah seorang peserta Program Khatan Perdana Kadun Jawi di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal di sini hari ini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan mengadakan sidang media berkaitan hala tuju pendidikan negara minggu depan.

Menurutnya, beliau turut akan mengumumkan beberapa perkara termasuklah pendirian kementerian itu berkenaan isu-isu pendidikan selepas memperolehi input daripada pelbagai pihak terlibat.

“Ada beberapa isu yang kita sedang lihat dan antara perkara paling utama buat masa ini adalah proses untuk saya mendengar, mengambil pandangan dan kritikan serta konsultasi.

“Saya rasa konsultasi sangat penting kerana ini kementerian yang cukup besar, jadi perbincangan bersama pasukan Ketua Setiausaha (KSU), pasukan Ketua Pengarah Pendidikan dan juga pandangan guru-guru serta pemegang taruh pendidikan dijalankan bagi mengenal pasti isu berbangkit.

“Pendapat ibu bapa dan para pelajar sendiri turut diperolehi malah semua pandangan, kritikan dan juga cadangan akan dipandang secara serius,” katanya selepas menghadiri Program Khatan Perdana Kadun Jawi di Nibong Tebal, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perancangan Kementerian Pendidikan yang diterajuinya selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 3 Disember lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI