fbpx

4 ahli NCT 127 cedera di set penggambaran iklan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT ahli NCT 127 iaitu Jaehyun, Jungwoo, Johnny dan Taeil terlibat dalam kemalangan di sebuah set penggambaran iklan komersial.

PETALING JAYA – Empat anggota kumpulan NCT 127 mengalami kecederaan selepas struktur set penggambaran ‘jungle gym’ berketinggian dua meter runtuh ketika mereka menjalani penggambaran iklan komersial.

Menurut laporan media Korea Selatan, hasil siasatan bomba Namyang mendapati, kejadian berlaku ketika keempat-empat ahli kumpulan itu menjalani penggambaran iklan bersama jenama Puma Korea di sebuah studio di Jinjeop-eup, Namyangju-si.

Akibatnya, Johnny, Jaehyun, Jungwoo dan Taeil mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, bomba mengesahkan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kecederaan teruk walaupun terlibat dalam kemalangan yang dahsyat.

Berikutan kecederaan yang dialami, Jungwoo yang merupakan pengacara tetap bagi program Music Core tidak dapat bertugas seperti biasa.

Pihak agensi memaklumkan akan memantau kesihatan kesemua anggota NCT 127 yang terlibat dalam kemalangan supaya mereka tidak mengalami kesan berpanjangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI