fbpx

Piala Dunia: Mbappe tidak akan keseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Perancis giat menjalani latihan di Stadium Jassin Bin Hamad, Doha semalam menjelang aksi menentang England pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022. – AFP

DOHA – Bintang tengah ­Perancis, Adrien Rabiot bertegas, tanggungjawab besar Les Bleus untuk mempertahankan ­kejuaraan tidak hanya dipikul Kylian ­Mbappe secara keseorangan.

Walaupun tampil aksi dengan luar biasa untuk memimpin carta penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 dengan lima gol, Mbappe dijangka akan memainkan peranan getir untuk memastikan kemenangan ke atas England pada aksi suku akhir di Stadium Al Bayt, Ahad ini.

Bagaimanapun, Rabiot merasakan adalah tidak wajar untuk Mbappe dibiarkan terseksa me­laksanakan tugas sukar kali ini memandangkan lawan mereka juga memiliki reputasi besar selaku naib juara Kejohanan Euro 2020.

“Kami tidak akan terlalu bergantung kepadanya. Memang benar dia adalah senjata utama kami tetapi dalam masa sama kami juga memiliki pemain lain yang mampu menghadirkan kelainan.

“Harapan kami kepadanya tetap sama seperti apa yang pa­sukan tagih kepada pemain lawan. Semua pemain perlu berada dalam keadaan terbaik untuk hadapi England.

“Dari tahun ke tahun, prestasi Mbappe cukup mengagumkan dan dia akan bertambah baik lagi. Kami menjadi pasukan bertuah kerana memilikinya dalam pasukan ini, bukannya dalam pasukan lawan,” katanya.

Sejak menewaskan Poland 3-1 di pusingan 16 terbaik, Mbappe dilaporkan tidak menyertai ­latihan bersama rakan sepasukannya dalam sesi latihan utama pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, pertahanan Perancis, Ibrahima Konate me­negaskan, situasi itu tidak memberi kesan besar kepada pasukan dan Mbappe akan terus memperkuatkan pasukan dalam perlawanan dengan England.

“Ia sebahagian daripada sesi pemulihan. Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, namun paling penting ialah semua pemain perlu cergas untuk berdepan England,” kata Konate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI