fbpx

Muka baharu dominasi Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Ching Tong, Hanifah dan Akmal Nasrullah.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri yang di umumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan kebanyakan dikalangan mereka adalah muka baharu di bawah pentadbiran Kerjaan Perpaduan.

Ia menyaksikan antaranya Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi).

Selain itu turut dilantik menjadi Timbalan Menteri, Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Ekonomi); Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan); Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Ching Tong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Sementara itu, turut dilantik Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang (Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah); Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pengangkutan).

Sebentar tadi, Anwar dalam sidang medianya di Putrajaya mengumumkan 27 Timbalan Menteri dilantik di bawah Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI