GEORGE TOWN – Pembekal dan pemborong telur ayam menolak pelan jangka pendek kerajaan mengimport barangan kawalan itu dari luar dan mahu agensi berkaitan mengkaji serta menyelesaikan masalah di peringkat peladang di negara ini terlebih dahulu. Rata-rata mereka yang ditemui Kosmo! di sini semalam tidak bersetuju dengan solusi tersebut sekali gus menyifatkan keputusan itu sememangnya akan memberi implikasi besar kepada pembekal dan pengguna kelak. Seorang pemborong telur ayam dikenali sebagai Jenny, 45, berkata, Malaysia masih mempunyai keupayaan untuk mengeluar dan membekalkan……














