fbpx

Piala Dunia: Benteng Croatia sudah bersedia halang kemaraaan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEJAN Lovren (kanan) dan Josko Gvardiol berjaya menjalankan tugas mereka setakat ini mempertahankan gawang Croatia daripada mudah dibocori. – AFP

AL RAYYAN – Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menegaskan, pasukannya tidak gentar bertemu Brazil biarpun juara dunia lima kali itu memiliki jentera serangan yang cukup ber­bahaya.

Pengendali berusia 56 tahun itu percaya barisan pertahanannya mampu menahan asakan daripada bahagian serangan Brazil diketuai Neymar, Richarlison, Vinicius Junior dan Raphinha.

Justeru, Dalic menggesa anak-anak buahnya agar tidak leka walaupun sesaat menentang Brazil pada aksi suku akhir di Stadium Education City malam esok.

“Kita perlu akui Brazil adalah pasukan pilihan. Bukan itu sahaja, mereka juga adalah pasukan terkuat dan terbaik di Piala Dunia ini.

“Anda sendiri boleh melihat barisan pemain Brazil yang penuh kualiti dan berkemahiran tinggi sama ada secara berpa­sukan atau individu. Ia cukup menggerunkan sebenarnya.

“Namun, tiada apa yang kami perlu takutkan. Kami juga ada peluang tersendiri dan saya percaya kami mampu mencabar Brazil. Kami perlu bijak dan cuba memerangkap mereka,” katanya.

Croatia mara ke suku akhir selepas mengecewakan Jepun de­ngan kemenangan 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit permainan.

Brazil pula melangkah ke kelompok lapan terbaik selepas mem­belasah Korea Selatan 4-1 hasil jaringan Neymar, Vinicius, Richarlison dan Lucas Paqueta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI