fbpx

Pelajar Tingkatan 3 maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dan mangsa di tempat kejadian.

KUCHING – Seorang pelajar Tingkatan 3 maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar kereta dan terbabas, kemudian dirempuh lagi oleh sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.45 petang hari ini, di Jalan Demak.

Katanya akibat kemalangan itu, remaja lelaki berusia 15 tahun itu, yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Demak Baru disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kereta.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa kemudian terbabas lalu dilanggar oleh sebuah lagi kereta lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI