fbpx

Pakar antarabangsa bebas perlu dilantik semak projek PTMP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mah Hui (tengah) ketika sidang akhbar berkaitan isu PTMP di Pejabat CAP, George Town, di sini hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar mencadangkan Kerajaan Pusat mengkaji semula Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dengan penyertaan pakar antarabangsa bagi mencari penyelesaian mampan berhubung projek itu.

Mereka terdiri daripada barisan ahli Penang Forum, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) serta berapa NGO berkaitan.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Penang Forum, Dr Lim Mah Hui berkata, salah satu pakar antarabangsa yang boleh dipertimbangkan adalah Institut Dasar Pengangkutan dan Pembangunan (ITDP) yang berpangkalan di New York.

Menurutnya, institut yang bukan berasaskan keuntungan itu mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mencari penyelesaian mampan bagi projek-projek mega yang menelan kos tinggi.

”Kami secara konsisten menegaskan bahawa projek-projek seperti PTMP menelan kos yang amat besar dan tidak mampan.

”Kami berharap agar usaha Kerajaan Pusat untuk berhemah dalam perbelanjaan akan diperluaskan kepada projek mega yang tidak mampan dari segi ekologi dan kewangan di Pulau Pinang.

“Oleh itu, Kerajaan Pusat perlu pastikan PTMP tertakluk kepada semakan pakar antarabangsa yang benar-benar bebas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI