fbpx
Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan P. Pinang ditutup sementara Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Ikon Pulau Mutiara, Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Ahad ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, jambatan itu akan ditutup mulai pukul 12 tengah malam hingga pukul 10 pagi.

”Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian tersebut.

”PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR