fbpx

Dawn tepis skandal Hyuna punca perpisahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAWN tetap pertahankan Hyuna biarpun sudah bukan bergelar pasangan kekasih.

TIDAK sampai sebulan selepas berpisah, timbul spekulasi mengenai Hyuna yang pernah menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain sewaktu masih bersama Dawn.

Malah, berita tentang bekas anggota kumpulan Wonder Girls itu pernah menggugurkan kandungan sewaktu berada di alam persekolahan turut tersebar.

Berikutan berita tersebut, Dawn tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan fitnah mengenai bekas teman wanitanya itu.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang pengecut, berfikiran kotor dan menyebarkan berita palsu.

“Meskipun kami sudah berpisah, Hyuna masih individu istimewa bagi saya. Dia sangat ikhlas berbanding orang lain.

“Sebagai rakan artis saya tetap memberikan sokongan buatnya,” jelas Dawn dalam Instagram miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI