fbpx

Telur kurang di Johor, banyak eksport ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI SARIP mengadakan sidang akhbar pada sesi Sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Masalah kekurangan bekalan telur ayam di negeri ini bukan pada tahap kritikal dan masih terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, kekurangan bekalan itu berlaku ekoran peningkatan permintaan termasuk bagi memenuhi permintaan eksport ke Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Isu telur, Johor kita sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal, bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor merupakan antara pengeluar telur besar juga (dalam negara).

“Cuma kita maklum kebanyakan dieksport ke Singapura dan negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan, tetapi daripada segi pengeluaran tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu penuhi eksport,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Zahari bagaimanapun memaklumkan kerajaan negeri tidak berdepan masalah bekalan makanan melibatkan hasil laut dan juga tanaman walaupun berdepan musim tengkujuh bermula November lalu.

Katanya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga persatuan usahawan tani memaklumkan bekalan mencukupi walaupun berlaku pengurangan kutipan hasil khususnya akibat musim tengkujuh bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI