fbpx
Ahmad Zahid berucap pada ceramah mega sempena kempen calon PH di Kampung Tunku Putra, Kulim malam ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

Ahmad Zahid berucap atas pentas lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu beliau berasa pelik apabila berucap atas pentas dari sebuah lori pada ceramah mega kempen calon Pakatan Harapan (PH) di sini malam ini.

“Saya rasa agak pelik kerana pentas kita lori. Pentas kempen Barisan Nasional (BN) disediakan baik tetapi kalah.

“Lebih baik berkempen atas lori tapi kita menang daripada berkempen di tempat-tempat yang lebih baik,” katanya ketika berucap di Kampung Tunku Putra di sini malam ini.

Dalam ucapannya, Pengerusi BN itu berkata, Padang Serai memerlukan wakil rakyat yang sealiran dengan pemikiran dan parti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini kerana Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan di bawah naungan Datuk Seri Anwar, maka Datuk Seri Anwar meletakkan Dr. Mohamad Sofee Razak sebagai wakilnya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, dahulu pihaknya alergi bila tengok orang pakai baju biru muda.

“Seluruh rakyat tahu kami alergi orang pakai baju biru muda, dulu kami alergi tetapi alergi ada ubatnya.

“Ubatnya ialah keikhlasan untuk kita bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan yang kuat, maka atas dasar itulah kita harus melupakan perbedaan dalam kalangan kita,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR