fbpx

Tok Mat mula tugas Menteri Pertahanan secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad memeriksa perbarisan pada Majlis Sambutan dan Mula Tugas Menteri Pertahanan, di Kementerian Pertahanan Malaysia, di sini hari ini. Foto: SHIDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 3 petang di Dataran Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini selepas menghadiri mesyuarat Khas Kabinet Kerajaan Perpaduan pagi tadi.

Ketibaan beliau itu disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd. Aziz bersama-sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Tok Mat’ kemudian mengimbau cap jari perakam waktu sebelum naik ke pejabatnya.

Sabtu lalu, Mohamad selesai mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara sebagai ahli Kabinet Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI