fbpx

Tanah runtuh di perkuburan Makam Tuan Haji Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah runtuh yang berlaku di perkuburan Makam Tuan Haji Said

SEREMBAN – Tanah runtuh yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said di sini telah menghakis tebing sungai dan menyebabkan beberapa kepok kubur terjejas.

Datuk Bandar Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku disebabkan faktor hujan lebat sejak kebelakangan ini sehingga menjejaskan tanah perkuburan berkenaan.

“Hujan terlalu lebat telah menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

“Hal ini terjadi disebabkan kandungan air dalam tanah yang tinggi dan mengakibatkan cerun runtuh kerana kedudukan Makam Tuan Haji Said yang terletak berhampiran dengan Sungai Temiang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masri berkata, untuk makluman tanah perkuburan itu terletak di bawah pengurusan pihak Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng Ampangan.

“Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah dimaklumkan bahawa pihak masjid akan menghubungi waris untuk memberitahu mengenai kepok yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh tersebut,” katanya.

Menurut Masri, MBS akan membantu pihak pengurusan masjid untuk melakukan kerja-kerja perlindungan cerun menggunakan beberapa lapis ‘gabion wall’ bagi menghalang daripada berlakunya pergerakan tanah dan hakisan sungai.

“Sehubungan itu, MBS memohon warga bandar raya Seremban yang mempunyai sebarang aduan boleh mengemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS.

“Aduan juga boleh dibuat melalui Aplikasi Respons Rakyat atau hubungi Unit Call Centre di talian 06-7654444 yang beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam pada hari bekerja,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI