fbpx

Cukup-cukuplah berpolitik berbaur ancaman – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin melakukan gimik penyerahan bot penyelamat kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad di IPD Kulim, hari ini.

KULIM – Kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kononnya ada usaha memastikan Kabinet sedia ada tidak bertahan lama hanya menyerlahkan sikapnya serta gabungan diwakili tidak habis-habis berpolitik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan itu tidak seharusnya dikeluarkan ketika rakyat sudah letih dengan permainan politik berpanjangan serta masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Justeru katanya, kalangan ahli politik perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keresahan serta menambah keletihan rakyat.

“Tak perlu keluarkan kenyataan yang sudah tentu menimbulkan keresahan rakyat. Rakyat penat selepas menghadapi pandemik Covid-19 serta berdepan ketidaktentuan ekonomi dan masih ada terlalu banyak kerja menanti kita.

“Lagipun sidang Parlimen akan berlangsung pada 19 Disember nanti dan kita telah membuat kenyataan terbuka bahawa satu sesi undi percaya akan dikemukakan di situ.

“Jadi kita selesaikan semua itu di Parlimen sajalah kerana itu lebih bijaksana dan molek. Cukup-cukuplah berpolitik berbaur ancaman dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Shahidan dibuat dalam ceramah di Padang Serai kelmarin bahawa terdapat usaha dilakukan supaya Kabinet tidak bertahan lama bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) kembali memerintah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI