fbpx
Sesetengah pelancong yang mempunyai keluarga besar lebih gemar menginap di inap desa berbanding hotel.

Bulan Disember bulan paling ‘ong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengusaha inap desa di negeri ini menganggap Disember sebagai bulan pa­ling ‘ong’ atau bertuah apabila mereka kini dikatakan mula tidak menang tangan menerima kehadiran pelanggan dari ibu kota.

Pengusaha Villa Juma Homestay, Fazrina Jamaludin berkata, hujung tahun merupakan waktu puncak bagi penginapan para pelancong tempatan dan luar negara yang datang sempena meraikan cuti persekolahan termasuk cuti Hari Krismas.

Menurutnya, sambutan luar jangkaan diterima daripada pe­langgan yang majoritinya sudah membuat tempahan awal bagi penginapan di dua unit inap desa seliaannya sejak tiga hingga enam bulan lalu.

“Dua kediaman sudah ditempah awal dan kini telah mencecah 80 peratus. Bermula dari hujung minggu pertama iaitu Jumaat hingga Ahad dan sehinggalah ke akhir tahun, semua tempahan sudah penuh.

“Pelanggan terdiri daripada orang Selatan termasuk dari Kuala Lumpur. Mereka kebanyakannya datang bersama keluarga besar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, bagi pengusaha Ayumimie Homestay di Bertam, Kepala Batas, Rogayah Chik pula berkata, tempahan bagi inap desa dua tingkat miliknya itu penuh bermula Jumaat lalu.

“Kebanyakan pelanggan yang membuat tempahan adalah dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Kelantan. Kini, tempahan sudah mencecah lebih 60 peratus dan dijangka penuh pada minggu ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN