fbpx

Ahmad Zahid hadir ceramah mega kempen calon PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada ceramah mega sempena kempen calon PH bagi Parlimen Padang Serai di Kulim, malam ini. - SHAHIR NOORDIN

KULIM – Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ceramah mega sempena kempen calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak bagi Parlimen Padang Serai di Kampung Tunku Putra di sini malam ini.

Selain Mohamad Sofee, turut hadir calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivaraj yang memberi laluan kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rabu ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memulakan tugas rasmi sebagai TPM apabila tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk sesi ‘clock in’ pada pagi tadi.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Zahid sebagai TPM yang turut memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI