fbpx

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Mantan Menteri Besar Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook berkata, ia berikutan atas kejayaan Adnan Yaakob menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), semalam.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekaligus membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk mencapai kejayaan cemerlang.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menyeru rakyat meneladani kejayaan Adnan Yaakob yang membuktikan dengan iltizam, semangat perjuangan tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, semua orang mampu bersaing serta berjaya.

Adnan Yaakob menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada usia 72 tahun di Istiadat Konvokesyen UIAM ke-38 dan lebih bermakna, apabila beliau turut menerima anugerah Senarai Rektor kerana prestasi cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62.

Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Adnan Yaakob serta mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Adnan Yaakob pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari 1999 hingga 2018. Beliau merupakan Menteri Besar Pahang yang paling lama berkhidmat iaitu selama 19 tahun sebelum melepaskan jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI