fbpx

Piala Dunia: Perancis waspada ancaman Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESCHAMPS (kanan) bercakap sesuatu kepada Mbappe ketika sesi latihan menjelang aksi menentang Poland pada aksi 16 terbaik di Stadium Al Thumama malam ini. – AFP

DOHA – Pengendali Perancis, Didier Deschamps harus tampil dengan idea lebih segar dan tidak boleh terlalu bergantung kepada Kylian Mbappe untuk menghadapi Poland pada aksi 16 terbaik di Stadium Al Thumama, malam ini.

Sekalipun Les Bleus memiliki ramai pemain terbaik dunia, ketika ini pengurus itu seakan masih tercari-cari titik kekuatan pasukan terutamanya selepas dua aksi awal peringkat kumpulan lebih tertumpu kepada prestasi Mbappe.

Tambah merisaukan apabila tanpa bintang Paris Saint Germain itu, Perancis gagal menyerlahkan reputasinya selaku juara bertahan hingga alami kekalahan kepada Tunisia pada aksi ter­akhir Kumpulan D, Rabu lalu.

Walaupun dilabel sebagai pa­sukan pilihan, Perancis tidak lagi boleh mengulangi prestasi kurang menyakinkan kerana kehadiran Robert Lewandowski pastinya menjadi senjata utama buat Poland.

Bagi penyerang Les Bleus, Kingsley Coman, kedua-dua pasu­kan harus sentiasa berhati-hati kerana ketika sertai pertan­dingan sebesar Piala Dunia sudah tiada mana-mana negara miliki kelebihan ketara.

“Ini adalah perlawanan Piala Dunia dan segalanya bukan perkara mustahil. Tampil sebagai pasukan pilihan tidak akan menjadi apa-apa,” katanya.

Daripada sebelum ini, Perancis sering bergelut ketika menentang pasukan yang bermain secara bertahan dan situasi itu dijangka akan terus berulang apabila Poland berkemungkinan menggunakan taktik berkenaan.

Salah satu elemen yang boleh dimanfaatkan oleh Perancis adalah menerusi kualiti penyerang berpengalaman, Olivier Giroud ketika bintang AC Milan itu sedang berada pada motivasi tinggi.

Jika mampu menghadirkan satu gol pada aksi dengan Poland, Giroud bakal mengesahkan jaringan ke-52 untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Les Bleus selepas dirinya kini sedang berkongsi 51 gol bersama pemain legenda, Thierry Henry. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI