fbpx

Lelaki maut motosikal hilang kawalan di selekoh lebuh raya SUKE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di KM 18.9 Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dari arah plaza tol Ampang menghala ke Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

AMPANG – Motosikal hilang kawalan lalu terbabas, menjadi punca seorang lelaki meninggal dunia di Kilometer (KM) 18.9 Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dari arah plaza tol Ampang menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan itu berlaku kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku di jalan berselekoh lebuh raya tiga lorong satu hala dipisahkan dengan tembok batu di tengah jalan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang oleh lelaki berusia awal 20an terbabit hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh tersebut.

“Motosikal berkenaan kemudiannya terbabas ke lorong kanan jalan lalu bergesel dengan tembok batu di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan terseret di atas jalan dan mengalami kecederaan dibahagian muka sebelah kanan dan pendarahan pada kepala.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Ampang dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tiada rakaman sistem kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Bin Muhamat Basir di talian 011-13078348. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI