fbpx

Johor harap Kerajaan Perpaduan bina HSA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri berharap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menilai semula keperluan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pembinaan hospital awam ketiga itu perlu bagi menampung keperluan kepadatan penduduk di Johor Bahru.

Beliau berkata, kehadiran pesakit di dua hospital sedia ada di Johor Bahru iaitu HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini kini mencapai lebih 80 peratus dengan kadar penggunaan katil yang semakin memuncak.

“Kerajaan negeri serta rakyat di negeri ini amat berharap agar pembinaan HSA2 dipertimbangkan semula untuk direalisasikan.

“Bagaimanapun, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada ketika itu, Oktober lalu tidak menyenaraikan HSA2 sebagai salah satu projek pembangunan yang akan dilaksanakan.

“Oleh itu, kami berharap agar Kerajaan Perpaduan serta Menteri Kesihatan, Dr. Zalifa Mustafa, yang juga Ahli Parlimen dari Johor supaya permohonan pembinaan HSA2 dapat diluluskan dan dibentangkan dalam Belanjawan 2023 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diKota Iskandar di sini hari ini.

Jun lalu, Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, dilaporkan berkata, HSA2 dijangka akan mula dibina pada 2024 sekiranya ia mendapat kelulusan daripada kerajaan dan dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

Tian Soon dilaporkan berkata, pembinaan HSA2 itu nanti dijangka dapat menyelesaikan isu kesesakan di dua hospital awam di daerah ini.

Mengikut perancangan, lokasi HSA2 adalah di kawasan Kempas, di sini bahkan Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah membayar premium tanah seluas 207.5 hektar bagi pembinaan hospital terbabit.

Tian Soon menjelaskan, salah satu faktor yang menjadi punca pembinaan HSA2 tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2023 ialah isu setinggan di tapak projek itu di Kempas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI