fbpx

Ditengking suami, hanya kerana tidak mahir memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ditengking suami hanya kerana tidak mahir memandu, hingga si isteri berasa tertekan sewaktu sedang memandu kereta.

Itu yang dialami seorang wanita apabila berdepan situasi ditengking suaminya gara-gara lelaki itu menganggapnya tidak profesional ketika mengendalikan kenderaan.

“Saya nak tanya, normal ke kena tengking dengan suami sebab tak profesional memandu kereta. Lesen pun baru saja ambil.

“Memanglah tak mahir mana. Kena tengking sampai tertekan hari-hari nak memandu kereta,” katanya menerusi hantaran Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.

Tanpa diketahui identitinya, wanita itu turut meminta suaminya untuk mengajar memandu kereta.

“Bila kita minta ajar, pun kena marah sebab buat salah. Tak tahu kenapa kena tengking sebab kereta sendiri bukan kereta suami.

“Kalau rosak pun saya sendiri yang baiki. Saya bukan takut nak memandu, tapi lebih takut kena tengking dan sampai jadi pergaduhan besar.

“Sedih sebenarnya, selalu terfikir kalau belum kahwin, ayah abang boleh ajar. Ayah dan abang tak garang sampai tengking-tengking,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI