fbpx

Tok Mat janji pikul tugas dengan penuh amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad semasa Istiadat Angkat Sumpah Jemaah Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa syukur atas pelantikan beliau dalam Jemaah Menteri dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau juga berharap agar kerjasama semua wakil rakyat dari pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan akan dapat menangani pelbagai cabaran mendatang.

“Alhamdulillah, mensyukuri perlantikan ini dengan rasa rendah diri. Terima kasih kepada Perdana Menteri memberi saya peluang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan yang bersejarah ini.

“Saya yakin dan percaya akan terdapat pelbagai cabaran Kerajaan Perpaduan ini akibat kesan Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dijangka pada tahun 2023,” katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Pada masa sama Mohamad turut berterima kasih kepada semua pengundi Parlimen Rembau khususnya yang memberikan beliau peluang untuk berkhidmat.

“Kepercayaan ini saya tidak akan ambil mudah dan akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya, Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI