fbpx

Forensik, K9 Bukit Aman bantu siasatan kes bunuh dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan operasi mencari bahan bukti kes bunuh itu di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Unit Forensik dan Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman membantu proses siasatan kes seorang lelaki yang ditemui mati dibunuh di kawasan semak Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ini merangkumi pencarian senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

“Selain itu, kita sedang giat mengesan suspek yang terlibat membunuh mangsa tersebut.

“Siasatan terperinci termasuk motif sebenar kejadian turut sedang dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an disyaki warga Indonesia.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lelaki itu ditemukan terbaring dengan kesan kecederaan di kepala selepas polis menerima panggilan kecemasan pukul 9.10 pagi, Selasa lalu.

Penemuan mayat itu disedari seorang warga emas yang tergamam melihat objek disangka kain buruk rupa-rupanya mayat mangsa di kawasan semak berkenaan.

Sebuah motosikal Modenas berwarna putih turut ditemui berdekatan mangsa dengan jarak antara kedua-duanya kira-kira tiga meter. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI