fbpx

Bayi baru lahir ditinggal dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak di tepi simpang masuk kebun di Jemaluang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, polis menerima maklumat tentang penemuan bayi itu kira-kira pukul 9.40 pagi daripada jururawat Klinik Kesihatan Jemaluang.

Katanya, bayi berkenaan yang masih hidup dijumpai oleh seorang lelaki berbangsa Cina.

“Bangsa bayi belum dikenal pasti dimana bayi berkenaan masih dalam keadaan hidup dan masih bertali pusat ketika ditemui dalam kotak berukuran 1×2 kaki berwarna coklat pada pukul 8.40 pagi.

“Ketika dijumpai bayi itu diletakkan di atas jalan pasir merah dalam keadaan tidak berselimut hanya beralaskan kain langsir berwarna maroon dan diletakkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran itu pihak polis memohon kerjasama dari orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penemuan bayi itu boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Mersing atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Agelan a/l Sounthra Rajan di talian 07-7992222.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI