fbpx

Nor Fuad, Datuk Bandar Shah Alam ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Fuad (kiri) menerima watikah perlantikan daripada Haris.

SHAH ALAM- Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa, semalam.

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,”katanya dalam ucapan ringkas Haris menerusi akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Untuk rekod, Nor Fuad pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021 hingga 8 Oktober lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI