fbpx

Russia terima pesawat pengangkut paling canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pesawat Il-76MD-90A - Ilyushin

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Russia menerima sebuah lagi pesawat pengangkut tentera daripada United Aircraft Corporation (UAC), iaitu anak syarikat kepada firma milik kerajaan persekutuan, Rostec, lapor akhbar EurAsian Times. 

Penghantaran pesawat Il-76MD-90A itu dimeterai menerusi sebuah kontrak yang diterajui oleh kementerian berkenaan.

Rostec dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, pihaknya sedang meningkatkan pengeluaran pesawat tersebut untuk kegunaan jabatan pertahanan Russia.

“Penghantaran pesawat pengangkutan baharu adalah sumbangan kami untuk memenuhi keperluan pesawat pengangkut tentera dan mengukuhkan keupayaan pertahanan negara. Hari ini, pesawat Il-76MD-90A terbaharu sedang dalam pemasangan.

“Perusahaan itu sedang meletakkan asas pengeluaran untuk tahun hadapan. Beberapa pesawat yang dijadualkan untuk dihantar pada 2023 kini sedang dibina di gudang,” kata Ketua Pengarah UAC, Yuri Slyusar.

Aset terbaharu itu dilengkapi dengan enjin PS-90A-76 yang lebih moden, rangka yang dipertingkat dengan sistem brek lebih berkuasa dan pemasangan peralatan radio-elektronik digital beserta penunjuk skrin.

Ketua Eksekutif Rostec, Sergei Viktorovich Chemezov berkata, mereka menjalankan penghantaran pesawat secara rutin demi kepentingan Kementerian Pertahanan Russia. 

Tambah beliau, unit jet pejuang, Su-30SM2 dan Su-35C; pesawat pengebom barisan hadapan, Su-34 dan pesawat latihan tempur, Yak-130 telah dihantar ke unit tentera tahun ini.

EurAsian Times sebelum ini melaporkan bahawa UAC pada 21 November lalu telah menyerahkan satu set jet pejuang Su-30SM2 dan pesawat latihan tempur Yak-130 (RuMoD) serba baharu kepada Kremlin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI