fbpx

Kesedaran kempen kitar semula rakyat Terengganu masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias.

KUALA TERENGGANU – Kesedaran rakyat Terengganu terhadap kempen kitar semula dan kelestarian alam sekitar masih berada pada tahap terendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak berkata, bekas makanan dan penyedut minuman plastik didapati masih digunakan secara meluas di negeri ini.

Tambah beliau, kaedah pembuangan sisa elektronik (e-waste) juga tidak begitu dipraktikkan dalam kalangan penduduk Terengganu.

“Banyak program kelestarian alam sekitar yang dianjurkan tidak mendapat sambutan diharapkan.

“Kebanyakan peserta program termasuk gotong-royong hanyalah kakitangan jabatan kerajaan, pelajar institut pengajian tinggi (IPT) serta sekolah menengah dan rendah,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Beliau (Pas-Bukit Tunggal) berkata demikian ketika menjawab soalan Alias Harun (Pas-Rantau Abang) berhubung usaha kerajaan negeri Terengganu menjaga kelestarian alam sekitar.

Sehubungan itu, Alias berkata, kerajaan negeri Terengganu akan melaksanakan kempen alam sekitar yang lebih agresif akan dilaksanakan pada tahun depan bagi meningkatkan kesedaran rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI