fbpx

12.77 peratus rakyat Terengganu sudah lengkap vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Terengganu optimis mampu mencapai imuniti berkelompok atau 80 peratus daripada penduduk negeri itu melengkapkan vaksin Covid-19 sebelum bulan November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, setakat ini, seramai 12.77 peratus atau 103,297 rakyat negeri tersebut telah melengkapkan dua dos suntikan Covid-19.

“Kita telah mendahului sasaran peringkat nasional iaitu 10 peratus menjelang akhir bulan ini. Sehubungan itu, kita menyasar kesemua baki 841,800 penduduk Terengganu yang tinggal akan melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dalam tempoh empat bulan lagi.

“Berdasarkan (jadual) penerimaan bekalan vaksin (Covid-19), kita berkemampuan untuk menyuntik seramai 205,809 orang pada setiap bulan,” katanya di sini hari ini.

Alias berkata, tahap kesedaran dalam kalangan warga emas tempatan terhadap suntikan vaksin Covid-19 juga semakin meningkat dengan lebih 70 peratus hadir pada janji temui di pusat pemberian vaksin (PPV) ditetapkan.

Jelas beliau, kerajaan negeri Terengganu telah mengambil inisiatif di peringkat dewan undangan negeri (DUN) dengan menyediakan pengangkutan kepada warga emas yang bermasalah.

“Kerajaan negeri Terengganu juga menjalin kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menyediakan perkhidmatan PPV bergerak dengan menggunakan dua lori khas yang diubahsuai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI