fbpx

Berjaya anjur kempen kitar semula, Nestle sumbang duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Rumah KIDS di Subang Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Nestle Malaysia terus mendidik masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan hijau dalam kehidupan melalui kempen Jom Kitar Semula Demi Kebajikan.

 Menerusi kempen ini, Kumpulan telah menyumbang duit raya bernilai  RM20,000 kepada mereka yang memerlukan, apabila  sekurang-kurangnya 300 tan bahan kitar semula berjaya dikumpulkan.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestle, Datuk Adnan Pawanteh berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada Program Kitar Semula Dari Pintu Ke Pintu (D2D) dan Program Kitar Semula Strata Nestlé Malaysia yang merupakan inisiatif sukarela Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) sulung  Kumpulan berkenan.

Untuk kempen terbaharu itu, Nestle memfokuskan kepada penduduk di Lembah Klang termasuk 70,000 isi rumah.

 

“Menerusi kempen ini, kami telah mengumpul sebanyak 342 tan bahan Kitar Semula Campuran Kering (DMR) dari 15 April hingga 31 Mei lalu.

“Ekoran kejayaan tersebut, Kumpulan telah menyampaikan duit raya kepada dua pusat jagaan yang dipilih oleh penduduk yang menyertai kempen ini, iaitu Pusat Jagaan Sri Mesra di Ampang dan Rumah KIDS di Subang Jaya, dengan setiap rumah menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan bekalan produk Nestle selama setahun,” katanya dalam kenyataan. 

Adnan menerangkan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyelenggara pusat jagaan tersebut, memenuhi keperluan harian serta pemakanan seperti bekalan lampin dewasa dan ubat-ubatan.

Sejak diasaskan pada tahun 2020,  Nestle telah mengumpulkan lebih daripada 2,000 tan DMR daripada 70,000 isi rumah di seluruh Lembah Klang.

“Kami berhasrat mencapai 100,000 isi rumah menjelang akhir tahun,” ujarnya.  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI