fbpx

TNB siasat kes kematian budak dihempap tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak maut dihempap tiang elektrik.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menyiasat kejadian menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang maut ketika bermain di kawasan simpanan sementara tiang elektrik di Changlun Kedah semalam.

TNB dalam kenyataannya hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersimpati dengan keluarga dua lagi kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital Jitra.

“TNB sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat.

“Kami sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai agar tidak menghampiri tapak kerja dan menyentuh barang binaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak meninggal dunia manakala dua lagi tidak sedarkan diri selepas dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar, Changlun.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai berusia 11 tahun dengan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika tiga mangsa bermain berhampiran tiang elektrik yang dilonggokkan di tepi jalan sebelum ia terjatuh dan menghempap mereka.

TNB turut memaklumkan pihaknya telah menghantar wakil untuk menziarahi keluarga mangsa dan memberi bantuan yang sewajarnya.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian dan membuat spekulasi, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan sisatan di samping menghormati perasaan keluarga mangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI