fbpx

Nora Ariffin terima diploma arwah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA Ariffin menerima skrol diploma arwah anak keduanya, Alif Johan yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengundang sebak ramai apabila memuat naik gambar menerima skrol diploma mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan.

Nora menerima skrol diploma tersebut pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang semalam.

Alif berjaya menamatkan pelajaran peringkat diploma jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

“Alif, this is for you (ini adalah untuk kamu). Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah, tahniah.

“Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anakanda Alif Johan, sempat habiskan diploma sebelum kembali ke rahmatullah. Moga Alif tenang di sana,” tulis Nora dalam Instagramnya.

Dalam pada itu, Nora atau nama sebenarnya, Wam Norafizah Ariffin, 49, berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama Alif semasa hayatnya.

“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan. Al-Fatihah,” tulis Nora lagi.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berasa sebak melihat penyanyi itu menggenggam skrol diploma arwah anaknya di atas pentas konvokesyen.

“Ya Allah tidak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu di atas pentas.

“Jika saya, sudah berjuraian air mata tidak dapat menahan sebak. Kamu seorang ibu yang kuat,” tulis salah seorang pengikut Instagramnya.

Alif Johan, 20, yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019 meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN