fbpx

Untung bersih NCT Alliance RM30.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek Grand Ion Majestic yang dibangunkan oleh NCT Alliance.

PETALING JAYA – NCT Alliance Berhad (NCT Alliance) merekodkan keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2022 sebanyak RM30.4 juta dengan lonjakan 73 peratus berbanding RM17.6 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Nilai ini diperoleh melalui jumlah hasil yang dipertingkatkan sebanyak RM174.5 juta tumbuh sebanyak 92 peratus berbanding RM91 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance, Datuk Seri Yap Ngam Choy berkata, untung bersih Kumpulan untuk suku ketiga berakhir 30 September 2022 naik sebanyak 40 peratus kepada RM11.2 juta berbanding RM8 juta tempoh yang sama suku tahun lalu.

Pendapatan naik sebanyak 182 peratus kepada RM74.2 juta bagi suku berkenaan daripada RM26.3 juta bagi tempoh suku yang sama tahun lalu.

“Prestasi yang kukuh ini disumbangkan oleh pembukaan ekonomi secara keseluruhan dan pembukaan sempadan negara yang mana ia memberi sokongan kepada projek utama Kumpulan iaitu Grand Ion Majestic (GIM) dan  Acacia Residences merekodkan pertumbuhan yang positif.

“Tambahan pula, tarikan baharu di Genting Highlands juga terus memacu kepada prospek yang positif bagi GIM.

“Selain itu, Kumpulan juga meraih manfaat daripada jualan projek Vortex dan juga Mahkota Kampar sekali gus ia memberi petunjuk kepada kedudukan Kumpulan yang terus kukuh berdaya saing,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI