fbpx

MHB peroleh kontrak daripada Petronas Carigali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambaran projek MMHE West di Pasir Gudang, Johor

PETALING JAYA – Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) anak syarikat Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB), telah memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) untuk melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC) bagi  projek Kasawari Carbon Capture & Storage di luar pantai Sarawak.

MMHE telah dianugerahkan kontrak Front-End Engineering Design (FEED) i untuk projek tersebut awal tahun ini.

Apabila  projek tersebut disiapkan, platform yang akan dibina dalam projek Kasawari itu akan diisi dengan air sedalam 108 meter dalam kawasan SK316, kira-kira 200 kilometer luar pesisir daripada Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.

Sebaik siap, projek Kasawari itu akan menjadi projek CCS luar pesisir terbesar di dunia daripada aspek memerangkap volum  karbon dioksida (CO 2). Ia memiliki  keupayaan untuk memerangkap  3.3 juta tan CO 2 setahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Pandai Othman berkata, kontrak yang diperoleh itu menunjukkan keyakinan PCSB yang kukuh terhadap keupayaan Kumpulan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

“Kontrak yang dimenangi adalah berdasarkan kepada pertandingan FEED yang mana ia juga menjadi bukti daya saing kos dalam memberi penyelesaian bersepadu dalam EPCIC kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Penganugerahan kontrak tersebut telah meningkatkan tempahan buku MHB kepada RM6.6 bilion yang mana ia  adalah terbesar dalam sejarah Kumpulan sekali gus menandakan pemulihan dalam industri minyak dan gas selepas mengalami penyusutan sejak tahun 2014 dan juga impak daripada pandemik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI