fbpx

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 akan bersidang secara rasmi bermula hari ini sehingga esok, di Istana Negara.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang bermula pada pukul 10.30 pagi tadi.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Kali terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan adalah pada 29 Jun lepas dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.

Mesyuarat dijangka menyentuh perkembangan semasa dalam negara serta cabaran mendatang termasuk ekonomi.

Agenda lain dijangka turut disentuh ialah kemajuan hal ehwal agama Islam dan pembaharuan institusi Islam negara selain taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI