fbpx

Lelaki junjung motosikal sambil panjat tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu memanjat tangga di bahagian tepi bas sambil kepalanya mengimbangkan motosikal tersebut tanpa jatuh. – Twitter @Gulzar_sahab

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan aksi seorang lelaki menjunjung sebuah motosikal di atas kepalanya sambil memanjat tangga bas, lapor laman berita India Times kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter itu, dia dilihat berjalan di tepi sebuah bas sambil menjunjung motosikal berwarna hitam.

Lelaki itu kemudian memanjat tangga di bahagian tepi bas sambil kepalanya mengimbangi motosikal tanpa jatuh.

Tanpa memegang kenderaan itu, dia memanjat tangga dan meletakkan motosikal tersebut di atas bumbung bas.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Adiwira Captain America pun tak boleh buat begini,” kata seorang netizen.

“Ini bukan aksi adiwira. Ini adalah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi memberi makan kepada keluarga. Mereka merisikokan diri supaya keluarga tidak kelaparan. Mereka dieksploitasi,” kata pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI