fbpx

Iklan kontroversi dorong Kim Kardashian nilai semula hubungan bersama Balenciaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 12 November lalu memaparkan Kim Kardashian. – AFP

NEW YORK – Bintang program realiti dan pesohor media sosial, Kim Kardashian berkata, dia sedang menilai semula penglibatannya bersama rumah fesyen mewah Balenciaga, selepas firma berkenaan meminta maaf kerana menampilkan iklan kanak-kanak memegang patung beruang memakai apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik sebagai ikatan seks.

Jenama Perancis yang merupakan sebahagian daripada kumpulan barangan mewah, Kering itu menarik semula gambar-gambar berkenaan daripada kempen pengiklanan Musim Bunga/Panas 2023, minggu lalu.

Dua gambar itu menunjukkan anak kecil memegang beg tangan berbentuk patung beruang memakai belenggu berwarna hitam diperbuat daripada kulit bersama butang stad perak.

Pengulas-pengulas internet mengesan satu gambar lain hasil kerjasama pengiklanan Balenciaga-Adidas menunjukkan dokumen keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengenai pornografi kanak-kanak. Menurut laporan, Balenciaga memfailkan saman sebanyak AS$25 juta (RM112 juta) terhadap syarikat yang menerbitkan siri iklan tersebut.

“Sebagai ibu kepada empat orang anak, saya terkejut melihat gambar-gambar merisaukan ini.

“Keselamatan anak-anak adalah paling utama dan cubaan untuk menjadikan normal sebarang bentuk pencabulan terhadap mereka langsung tiada tempat dalam masyarakat kita. Tiada kompromi.

“Soal masa depan saya bersama Balenciaga, saya sedang menilai semula hubungan saya bersama jenama berkenaan,” kata Kardashian selaku duta selebriti jenama berkenaan malam Ahad lepas dalam akaun Instagramnya sambil menambah, dia meluangkan masa beberapa hari lalu berbincang bersama pasukan Balenciaga ‘untuk memahami sendiri bagaimana perkara itu boleh berlaku’.

Kardashian mempunyai 74 juta pengikut dalam akaun Instagram.

Balenciaga pula memuat naik permohonan maaf berhubung kontroversi tersebut dalam akaun Instagramnya sendiri minggu lalu.

Jenama berkenaan menyiarkan satu lagi permohonan maaf dan kali ini, ia mengenai iklan yang menampilkan dokumen mahkamah yang merujuk kepada undang-undang pornografi kanak-kanak. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI