fbpx

UPSI 100 Years Century Ride disertai 774 pelumba basikal tempatan, antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 774 pelumba tempatan dan antarabangsa menyertai kayuhan basikal anjuran UPSI di Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM – Seramai 774 pelumba tempatan dan antarabangsa menyertai kejohanan basikal UPSI 100 Years Century Ride anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di sini semalam.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, perlumbaan ditunggu-tunggu oleh peminat sukan tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) universiti berkenaan.

“Perlumbaan bermula dari Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Proton City menelusuri Jalan Kuala Lumpur-Ipoh hingga Jalan Kuala Slim-Gunung Besout.

“Ia kemudiannya menembusi Jalan Sungkai Lama hingga ke susur Jalan Slim Lama, Behrang Ulu dan menuju garisan penamat di Proton City di sini,” katanya di Arena UPSI Sport City, Kampus Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Pada masa sama Md. Amin berata, daerah Muallim merupakan kawasan yang tidak asing kepada peminat sukan basikal kerana selain mempunyai trek laluan yang mesra pengguna, ia mempunyai latar pemandangan indah gunung-ganang.

Bahkan, katanya, perlumbaan 100 kilometer itu merupakan acara sukan kemuncak sambutan 100 tahun UPSI yang akan diraikan esok.

Dalam pada itu, menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Dr. Norkhalid Salimin UPSI, kejohanan itu turut disertai pelumba-pelumba luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Elit Lelaki, Lelaki Masters dan Lelaki Senior Masters.

Orang Besar Jajahan Muallim, Toh Paduka Setia Datuk Dr. Safry Kamal Ahmad hadir bagi menyampaikan hadiah wang tunai bernilai RM800 kepada pemenang utama semua kategori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI