fbpx
Penduduk AS disaran tidak makan tiram dari Korea Selatan setelah 10 orang jatuh sakit kerana keracunan makanan baru-baru ini. - AFP

Penduduk AS dinasihat jangan makan tiram Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Penduduk Amerika Syarikat (AS) diberitahu untuk mengelak memakan tiram mentah tertentu dari Korea Selatan selepas 10 orang jatuh sakit kerana keracunan makanan, lapor Daily Mail.

Seorang individu di Las Vegas yang mengalami muntah dan cirit-birit setelah diuji positif untuk penyakit sapovirus, manakala sembilan lagi disyaki dijangkiti virus tersebut.

Semua mereka telah makan di restoran sama di Las Vegas tetapi nama masing-masing tidak didedahkan. Mereka makan tiram yang diimport dari Korea Selatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) yang dan meminta penduduk di 13 buah negeri di AS supaya tidak memakan tiram mentah tersebut.

Negeri-negeri yang terjejas adalah di selatan dan timur AS termasuk Alabama, California, Florida, Georgia, Maryland, New York, New Jersey, Carolina Utara, Pennsylvania, Carolina Selatan, Tennessee dan Virginia.

Pada kebiasaannya, gejala keracunan makanan akan berlaku dalam masa 48 jam selepas tiram dimakan dengan pesakit mengalami sakit perut dan loya.

Namun, pakar-pakar  perubatan berkata, keracunan makanan yang berlaku jarang membawa maut dengan simptom  akan hilang dalam masa satu hingga empat hari. – Agensi

POPULAR