fbpx

Luahan Pembaca: Saham melonjak sebaik Anwar angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Pasaran saham tempatan menunjukkan lonjakan ketara selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Lonjakan berlaku selepas bank pusat Amerika Syarikat, Rizab Persekutuan (Fed) memberi petunjuk bahawa ia akan mengambil langkah kurang agresif untuk menaikkan kadar faedah.
Prestasi Bursa Malaysia kembali melepasi paras 1,500 mata pada Khamis apabila ditutup pada 1,501.88 mata, naik 58.38 mata atau 4.04 peratus.
Kenyataan Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Vincent Lau mengatakan pelaburan di peringkat domestik meningkat dengan pelantikan tersebut.
Saya berpendapat Malaysia mengukuhkan pasaran saham selepas ia memberi kejelasan dan kepastian kepada pelabur asing serta tempatan untuk melabur.
Moga pengumuman Fed juga sesuatu yang memberangsangkan dan membolehkan pasaran saham tempatan mendapat dua pemacu utama.
Sama-samalah kita mendoakan Anwar dapat membawa Malaysia ke landasan sepatutnya di samping beliau meneruskan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini.
Saya yakin kerajaan perpaduan akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi yang dapat membawa perubahan kepada Malaysia kelak.

Sayang Malaysia,
Muhammad Saniy Samsudin
Beta Gamma Sigma UUM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI