fbpx

Tiga jam jumpa lepas rindu, peluk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ina memeluk erat ibunya, Sara selepas ditemukan dalam Program Jalinan Kasih di Penjara Simpang Renggam semalam.

KLUANG – Tempoh tiga jam tidak meleraikan rindu seorang anak kepada ibunya yang sudah tiga tahun tidak bertemu.

Sara (bukan nama sebenar) berpeluang berjumpa anak tunggalnya di Penjara Simpang Renggam di sini semalam melalui Program Jalinan Kasih yang diadakan khas untuk penghuni wanita di pusat tahanan itu.

Difahamkan, Sara dikenakan tanahan sejak 2019.

Kata Sara, selama berada dalam tahanan, ‘kehilangannya’ dirahsiakan kepada anak tunggalnya itu kerana tidak mahu insan kesayangannya hilang semangat.

“Saya tidak mahu dia simpan rasa marah serta dendam apatah lagi ketika ditahan, anak baru berusia lapan tahun,” ujarnya.

Katanya, walaupun pada asalnya anaknya tidak mahu turut hadir dalam pertemuan ini, namun selepas dinasihati kedua orang tuanya, akhirnya impian untuk menemui gadis sunti itu tercapai.

“Pada mulanya dia seperti tidak mahu memeluk saya, namun selepas satu ciuman diberikan, dia akhirnya membuat pelukan seolah-olah tidak lagi mahu berpisah.

“Peluang tiga jam yang diberikan ini kami telah gunakan se­puas-puasnya untuk melepaskan rindu masing-masing kerana tidak tahu sama ada kami akan bertemu lagi atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Ina, 11, (bukan nama sebenar) amat berterima kasih kepada pihak Penjara Simpang Renggam kerana membuka ruang untuk menemukannya dengan ibu tersayang.

Ujarnya, tiada perasaan marah dan dendam kerana tahu insan yang melahirkannya itu tidak bersalah dan semua yang berlaku adalah angkara daripada orang yang dipercayai oleh ibunya.

“Saya akan berdoa agar ibu dibebaskan segera untuk kami membina semula kehidupan baharu dan apa yang berlaku ini dijadikan pedoman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI