fbpx
SEPANYOL enggan terbuai dengan kejayaan ke atas Costa Rica sebelum ini sebaliknya misi mereka adalah membenam Jerman dan mengesahkan slot ke pusingan 16 pasukan terbaik. – AFP

Piala Dunia: Sepanyol tidak mahu ambil risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA – Pengendali Sepanyol, Luis Enrique memberi amaran kepada para pemainnya supaya tidak lagi terbuai dengan kejayaan mencatat kemenangan besar 7-0 ketika menewaskan Costa Rica pada aksi pembukaan Piala Dunia.

Aksi tersebut dianggap persembahan paling sempurna dipamerkan oleh La Roja apabila mereka tidak membenarkan Costa Rica melakukan walaupun satu percubaan tepat sepanjang perlawanan itu.

Ia dianggap sebagai permulaan yang sangat diimpikan oleh juara dunia 2010 itu ketika me­reka bakal turun menentang Jerman untuk aksi kedua Kumpulan E awal pagi esok.

Sepanyol tidak mahu peluang mereka untuk meneruskan kemaraan terganggu kerana kekalahan kepada Jerman menyebabkan laluan akan menjadi sukar apabila bakal berdepan Jepun pada aksi terakhir yang melakar kejutan menewaskan Jerman.

“Pasukan ini tidak akan sesekali berasa selesa dan me­ngendurkan usaha yang telah kami lakukan.

“Jerman mampu menewaskan kami kerana mereka adalah kuasa bola sepak dunia. Namun, kami akan turun dan memberikan aksi yang sama seperti menentang Costa Rica sebelum ini,” kata Enrique.

Tambahnya, mereka tidak sanggup untuk menunggu dan mengambil risiko hingga aksi ter­akhir untuk menentukan kemaraan ke pusingan kalah mati, sebaliknya mahu segera mengesahkannya berdepan Jerman.

Mengulas mengenai kemena­ngan besar dicatat pada aksi pertama, Enrique mengakui bahawa ia adalah perlawanan yang cukup istimewa buat Sepanyol.

“Kami telah memberikan sesuatu yang istimewa untuk menghadapi kempen kali ini dan ia mula menunjukkan hasil. Kami sering berdepan kesukaran untuk memulakan saingan dengan baik, tetapi kali ini ia cukup sempurna,” jelasnya. – AGENSI

POPULAR