fbpx
ISMAIL Izzani muncul bersama Naim Daniel pada hari kedua program Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) menyanyikan lagu Habis Sini.

Elak jawab kontroversi, Ismail Izzani ‘cabut’ awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penyanyi Ismail Izzani mengelak bertemu media selepas pulang awal sejurus persembahannya pada program Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, sebentar tadi.

Pihak media diberitahu, penyanyi itu menolak permintaan wartawan yang mahu mendapatkan reaksi berhubung video tular memaparkan aksi sumbang seorang lelaki mirip wajahnya.

Ismail, 22, yang mempersembahkan lagu Habis Sini bersama Naim Daniel pada hari kedua SFMM37 sebentar tadi terus pulang selepas diminta untuk ditemu ramah pihak media.

Dalam minggu ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Susulan itu, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen dalam Instagram apabila menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral.

Malah, ibunya juga turut diserang netizen yang meminta penjelasan daripada pihak keluarga.

Kontroversi sebegini bukan kali pertama kerana Ismail pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam beberapa tahun lalu.

Bahkan baru-baru ini, namanya memanas gara-gara didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas dituduh menghamilkan seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

POPULAR