fbpx

Antem ikonik Piala Dunia sepanjang zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHANGATAN temasya Piala Dunia Qatar 2022 yang sedang berlangsung ketika ini paling dinanti-nantikan penggemar sukan bola sepak seluruh dunia.

Selain persaingan antara negara bertanding, bahagian terbesar dalam temasya tersebut adalah antem rasmi yang menjadi pembakar semangat, bukan hanya buat pemain, bahkan peminat.

Sejak acara pembukaan temasya pada 20 November lalu, lagu rasmi Piala Dunia 2022 yang dinyanyikan bintang K-pop ternama daripada kumpulan BTS iaitu Jungkook berjudul Dreamers menyemarakkan lagi sambutan temasya.

Piala Dunia yang bermula sejak 1930 menyaksikan lagu rasmi pertama mula digunakan pada edisi 1962 dinyanyikan oleh Los Ramblers berjudul El Rock del Mundial dan ketika itu, Chili menjadi tuan rumah.

Gala minggu ini menyenaraikan lagu rasmi terbaik dan popular sepanjang dalam senarai edisi Piala Dunia yang menjadi pilihan peminat.

Waka-Waka / Wavin’ Flag
Piala Dunia 2010

MENJADI antara lagu rasmi Piala Dunia FIFA paling popular, Waka Waka (This Time for Africa) nyanyian penyanyi Shakira kekal sebagai karya terunggul sepanjang abad.

Lagu yang turut menampilkan kumpulan Afrika Selatan terkenal, Freshlyground tersebut ditulis sendiri Shakira bersama John Hill.

Kata penyanyi itu, Piala Dunia FIFA merupakan kegembiraan global yang ajaib menyatukan semua negara, agama dan bangsa. Baginya, muzik Afrika sangat menginspirasikan.

Edisi Piala Dunia 2010 dianggap paling meriah dengan lagu-lagu yang menghidupkan suasana temasya. Sebuah lagi lagu ikonik adalah Wavin’ Flag nyanyian penyanyi Somalia-Kanada, K’Naan dan David Bisbal. Wavin’ Flag pernah berada di tangga kedua dalam carta muzik Canadian Hot 100. Meskipun dianggap ikonik, Wavin’ Flag bukanlah trek rasmi Piala Dunia.

The Cup Of Life
Piala Dunia 1998

SEBUAH lagi lagu paling ikonik untuk edisi Piala Dunia adalah antem nyanyian Ricky Martin berjudul La Copa de la Vida (The Cup of Life).Lagu tersebut menjadi antem rasmi untuk Piala Dunia 1998 di Perancis. La Copa de la Vida dimuatkan dalam album studio keempat penyanyi ternama itu dan ditulis oleh Luis Gomez Escolar, Desmond Child dan Draco Rosa.

Lagu bernuansa pop Latin berkenaan menerima respons positif daripada pengkritik muzik yang memuji energi dan liriknya. Karya tersebut sekali gus disenaraikan sebagai antem terbaik Piala Dunia dan menjadi lagu paling berjaya Martin di seluruh dunia apabila menghuni carta di lebih 60 buah negara.

We Are One (Ole Ola)
Piala Dunia 2014

LAGU We Are One (Ole Ola) dirakamkan oleh penyanyi rap Pitbull untuk album One Love, One Rhythm – The 2014 FIFA World Cup Official Album (2014). Diangkat menjadi antem rasmi Piala Dunia 2014 di Brazil dengan menampilkan Jennifer Lopez dan penyanyi Brazil, Claudia Leitte sebagai penyanyi. Dikatakan kurang aura Brazil, namun karya tulisan oleh Sia, RedOne, Danny Mercer, Dr. Luke, Cirkut dan Thomas Troelsen tersebut menembusi carta teratas di 20 buah negara.

We Are The Champions
Piala Dunia 1994

EDISI Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat menyaksikan lagu We Are The Champions nyanyian kumpulan rock terkenal Queen diangkat selagu antem rasmi. Lagu yang dilancarkan pada 1977 dalam album News of the World tersebut ditulis oleh vokalis Queen, Freddie Mercury.

Menjadi sebuah lagu paling terkenal di seluruh dunia, We Are The Champions pernah menduduki carta nombor dua dalam UK Singles Chart dan tangga keempat menerusi Billboard Hot 100. Bukan hanya menjadi antem ikonik Piala Dunia sepanjang zaman, lagu berkenaan sering digunakan untuk kemenangan pelbagai acara sukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI